apabila hati ini berbicara tentang cinta



mengapa cinta itu harus wujud dalam hati setiap insan di dunia ini dan kadangkala rasa cinta itulah yang membuatkan seseorang menjadi lebih berani untuk mengungkapkan tentang perasaannya .
dan , kadangkala rasa cinta itu juga membuatkan seseorang itu hilang akal sehinggakan hilang pertimbangan.

namun , semua insan tidak sama penilaian mengenai cinta . Mengapa ? ini kerana ada yang berfikir cinta ini hanya akan mengundang rasa kecewa dalam hati . Ya , memang benar bagi mereka yang pernah mengalami rasa patah hati bila ditinggalkan seseorang yang amat bermakna dalam hidupnya . Namun , sesetengah lagi beranggapan bahawa cinta itu membuatkan hidup mereka lebih bermakna kerana ada orang lain yang mampu menjadi teman untuk berkongsi segala masalah . tersangatlah nyata bila dikatakan cinta ini melahirkan pelbagai rasa bagi setiap insan dan setiap orang akan membuat maksud tersendiri mengenai cinta .. 

bagi saya , cinta adalah sesuatu yang amat bermakna jika kita betul-2 menghargai dan mengenali cinta dan jangan biarkan cinta itu menguasai diri kita sehinggakan membutakan mata hati sendiri .Inilah yang menjadi persoalan apabila hati kita sendiri menyalahkan cinta sedangkan salah sebenar adalah datangnya dari diri sendiri yang tidak mampu menilai betapa besarnya makna cinta ini . 

'CINTA ITU BUTA' , apakah pendapat anda mengenai pernyataan ini ? adakah bagi anda ia benar ? sesungguhnya cinta itu tidak buta , tetapi orang yang mengatakan cinta itu buta lah yang sebenarnya buta kerana tidak dapat membezakan mana yang baik dan yang buruk . kadangkala , kita berfikir mengapa perlu mencari seseorang yang terlalu sempurna dan memiliki segalanya .. sedangkan semua itu belum tentu akan membahagiakan kita . Paras rupa bukanlah ukuran dalam percintaan , yang terpenting adalah rupa hati seseorang , kejujurannya dalam perhubungan .. dan bagaimana ia membimbing kita ke arah kebaikan .
itu yang patut dilihat .

aku bukan mencari seseorang yang sempurna kerana aku tahu aku juga tidak sempurna ..
namun , aku mencari lelaki yang mampu mengisi kekurangan dan kelemahan aku agar kami dapat melengkapi antara satu sama lain .
dan yang aku inginkan saat ini adalah dapat mengenali dan terus menyayangi dia kerana aku tahu dialah yang terbaik untukku ..

to him : i never let you go :) and i will always love you ...





Comments

  1. Hai. :) Salam perkenalan. Mari join sini. ^^

    http://meyrajohn.blogspot.com/p/jointhiscontest.html

    Untuk tingkatkan pageview, followers and traffic korang meningkat hingga tahap AWESOME!!

    http://meyrajohn.blogspot.com/2013/03/segment-lick-exchange-affie-by.html

    Thanks dear!!

    ReplyDelete
  2. cinta itu tak kenal siapa, kalau cinta sda menjerat pasti tak terduga semua boleh buat jika tak ada iman yang kental...berhati2 tentang cinta

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

diploma teknologi makmal perubatan

♥ MY NEW LIFE ♥